"Mak, meh duit 20 kupang" (dialek kedah : Mak nak duit 20 sen)..
Teringat aku masa zaman sekolah rendah dulu2 tahun 1992 ke 1997..Masa tu 20sen sehari duk minta kat mak dah cukup untuk belanja buat beli keropok atau gula-gula..Seharian main dengan kawan2 sekampung memang menyeronokkan..ada masa kawan baik..ada masa bergaduh2..Biasala kan..Yang difikirkan masa tu seronok je..tanpa ada sebarang masalah dalam kepala..
Kini pejam celik..pejam celik dah tahun November 2010..dah 25tahun aku..dah berkerja & berkahwin pun.. Sangat berbeza zaman budak2 dengan zaman dewasa sekarang..Dah mula memikul tanggungjawab..tiap2 bulan memikirkan cara untuk survive lebih baik..bayar loan kereta..bayar sewa rumah..bayar bil2 itu ini..tup..tup..tinggal beberapa ratus je..huh..kecil sungguh nilai wang..sehari je boleh settle almost rm1000 tuk perbelanjaan wajib..itu belum masuk kes2 emengency lagi..barang2 makanan..memang merunsingkan..
Atas smua keperluan tu..aku dah memikirkan untuk bergaya lagi..beli baju baru ke..kasut baru ke..make-up keta jauh sekali..walaupun dalam hati ni ada macam2 idea tuk mencantikkan kereta..hmm..inilah dikatakan kehidupan..semuanya memerlukan kertas bernama "wang"..
Mungkin kerana inilah abah&mak jarang memenuhi kehendak aku masa kecik2 dlu..sekarang aku dah mula berfikir macam mana diorang berfikir masa aku budak2 dlu...
No comments:
Post a Comment